Thursday, November 22, 2012

Assignment oh Assignment ~~

Cakap pasal assignment , siapa yang dah siapkan ? Huhu , nak pulak bila dah buat last minit . Confirm kelam kabut jadinya . Nak buat macam mane kan ? Janji siap . Tapi malangnya , kalau dah buat last minit , tak akan siap jugak . Bila ustazah masuk , mula la masing-masing jadi gugup . Huhu




Tengok tu , semangatkan buat kerja , padahal nie buat kerja last minit . Aik ? Baju pun same . Hehe


Kerja dalam kumpulan senangkan ? Cari sikit sorang . Nie assignment pasal video pelancongan dengan perniagaan .

“…Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, dan jika engkau tidak melihat-Nya sesungguhnya Allah melihat engkau…”.




Orang berassignment , diorang berangan . Ngeeeee

“Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata : wahai ayahku ! ambillah ia sebagai orang upahan, sesungguhnya sebaik-baik orang yang diambil bekerja itu ialah orang yang kuat lagi amanah”




Adat berkumpulan , bila ade kumpulan yang buat discussion , kumpulan lain akan curi-curi dengar , hehe

Sesebuah kumpulan secara dasarnya juga perlu meletakkan unsur mendapatkan keredhaan Allah SWT sebagai matlamat utama kumpulan Ini selaras dengan Rububiyyah, konsep yang menerangkan sifat Allah SWT sebagai penguasa alam maya ini. Allah SWT yang berkuasa membuat peraturan untuk mengarah, mengawal dan mentadbir manusia supaya menjadi sempurna dan sejahtera. Firman Alah SWT, maksudnya:
"Hai sekalian manusia, bertakwalah kamu kepada Rabb kamu yang telah menciptakan kamu daripada diri yang satu"
Surah An Nisa’: 1

Sunday, November 18, 2012

First Story About Us

Selamat datang ke dalam alam fantasi kami . Di sinilah segala suka dan duka kami bermula , sedih gembira kami tetap bersama :') Permulaan kehidupan yang sangat indah menyebabkan kami tidak lupa siapa sahabat kami . Setiap pertemuan , pasti ada perpisahan . Perpisahan ? Tidak bagi kami . Setiap pertemuan , pasti makin mengeratkan hubungan kami . Itulah BBA5 . Bak dalam hadis RASULULLAH telah menyatakan " Sebaik - baik sahabat di sisi ALLAH ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik jiran di sisi ALLAH ialah orang yang terbaik terhadap jirannya . "
(Hadis riwayat Al-Hakim)



“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”









Firman Allah SWT yang bermaksud,
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
 (surah al-Hujurat [049] ayat 13)







Ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman-Nya yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.”
(Surah at-Taubah, ayat 119)






Hadis Rasululah SAW yang bermaksud,
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.”
 (Hadis riwayat Abu Daud).







Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”





Dalam kitab al-Hikam ada menyebut,
“Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” Dalam satu hadis yang bermaksud, “Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”





Sufyan Astsaury berkata, “Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula.”





Ali bin Abi Thalib r.a. berkata,
“Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”


Menurut ahli syair pula : “Sesiapa bergaul dengan orang-orang yang baik, akan hidup mulia. Dan yang bergaul dengan orang-orang rendah akhlaknya, pasti tidak mulia.”
Bersahabat dengan yang lebih rendah budi dan imannya sangat berbahaya, sebab persahabatan itu saling pengaruh-mempengaru hi, percaya-mempercayai sehingga dengan demikian sukar sekali untuk dapat melihat datu memperbaiki kesalahan sahabat yang kita sayangi, bahkan kesetiaan sahabat akan membela kita dalam kesalahan dosa kekeliruan itu, yang dengan itu kita pasti akan binasa kerananya.





Sebaik-baik sahabat
Dan sekiranya engkau berkawan seorang bodoh yang tidak menurutkan hawa nafsunya, lebih baik daripada berkawan dengan orang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya. Maka ilmu apakah yang dapat digelarkan bagi seorang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya itu, sebaliknya kebodohan apakah yang dapat disebutkan bagi seorang yang sudah dapat mengekang (menahan) hawa nafsunya.






Pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya,

“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”





  • Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
  • Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya) .
  • Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
  • Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
  • Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.